RSS
Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

ikatan tudung


Terdapat seribu satu cara untuk menggayakan tudung dengan pelbagai bentuk ikatan yang direkacipta dan dihasilkan oleh para pemakai tudung. Cara-cara ikatan tudung ini menyerlahkan keayuan dan personaliti pemakai. Perhatian perlu diberikan terhadap jenis tudung dan cara ikatan yang digunakan kerana mungkin ada cara ikatan yang sesuai kepada sesetengah individu tetapi tidak kepada yang lain. Ia memerlukan masa dan eksperimentasi secara kerap untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Di bawah diperturunkan beberapa cara pakai tudung bagi panduan anda. Ianya sengaja dibuat tanpa menggunakan gambar bagi menambah kreativiti pemakai. Gunakan imaginasi anda sewajarnya. Hasil yang diperolehi mungkin berlainan bergantung kepada pemahaman anda dengan panduan yang diberi. Sila berikan komen lanjut anda sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut atau gambaran sebenar untuk mana-mana cara ikatan yang menarik minat anda.

Ikatan Tudung Seri Sari

Ikatan tudung seri sari sesuai digunakan untuk ke majlis rumah terbuka bagi menyerlahkan keayuan anda. Ianya amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat (ini membantu mengurangkan waktu menunggu pasangan anda )

Caranya, pakai tudung (anak tudung warna hitam) dikuti dengan tudung panjang daripada kain sari warna ungu (panduan ini menggunakan kombinasi hitam dan ungu. Busana yang sesuai dipadankan mungkin juga berwarna ungu yang tidak terlalu cerah).Kemudian,bermula dari bahagian hujung, tudung tersebut disimpulkan dan dipin ke bahagian belakang kepala.

Gunakan sehelai lagi tudung panjang berwarna ungu tanpa corak untuk dililitkan di bahagian bahu.Tudung kosong tambahan berwarna ungu tadi disematkan di bahagian belakang bahu sebelah kiri menggunakan jarum peniti dan kemudian dibawa ke depan untuk disematkan dengan kerongsang di atas bahu sebelah kiri.

Kini, siaplah ikatan tudung seri sari dan anda kelihatan jelita dan bersedia menghadiri majlis.Ikatan tudung seri sari sesuai digunakan untuk ke majlis rumah terbuka bagi menyerlahkan keayuan anda. Ianya amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat (ini membantu mengurangkan waktu menunggu pasangan anda )

Caranya, pakai tudung (anak tudung warna hitam) dikuti dengan tudung panjang daripada kain sari warna ungu (panduan ini menggunakan kombinasi hitam dan ungu. Busana yang sesuai dipadankan mungkin juga berwarna ungu yang tidak terlalu cerah).Kemudian,bermula dari bahagian hujung, tudung tersebut disimpulkan dan dipin ke bahagian belakang kepala.

Gunakan sehelai lagi tudung panjang berwarna ungu tanpa corak untuk dililitkan di bahagian bahu.Tudung kosong tambahan berwarna ungu tadi disematkan di bahagian belakang bahu sebelah kiri menggunakan jarum peniti dan kemudian dibawa ke depan untuk disematkan dengan kerongsang di atas bahu sebelah kiri.

Kini, siaplah ikatan tudung seri sari dan anda kelihatan jelita dan bersedia menghadiri majlis.

Ikatan Tudung Ceria Bunga

Ikatan tudung ceria bunga adalah ikatan tudung yang ringkas dan menarik untuk digayakan. Ikatan ini menggunakan anak tudung berwarna hitam dan tudung empat segi bermotif bunga kecil.

Caranya, pakai tudung (anak tudung warna hitam) dan lipat tudung empat segi bermotif bunga kecil dilipat tadi supaya berbentuk segi tiga, dan pakaikan ia di atas anak tudung. Sematkan dengan kemas di bahagian belakang kepala.

Gaya ikatan tudung yang dilipat tadi mestilah pendek di sebelah kiri dan panjang di sebelah kanan.

Seterusnya, bahagian pendek di sebelah kiri di bawa ke kanan dan bahagian panjang sebelah kanan di bawa ke kiri.

Kedua-dua hujung bahagian kiri dan kanan ditemukan dan disematkan dengan kemas menggunakan jarum peniti di atas bahu sebelah kanan.

Mudah dan ringkas bukan?.

Sunday, 17 February 2013

semanis wajahmu

                                                      TREND TUDUNG TERKINI


Tudung Bawal Crown Hotfix
Hari ni saya nak share pasal tudung pulak ye. Dah pakai baju cantik, nak lah pakai tudung yang sepadan kan hehe.Maksud saya sekarang ni tudung bawal kembali menjadi kegilaan ramai sebab mudah dipakai dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.
bawal jepun, bawal pelangi, bawal rainbow, bawalovers, tudung.
Tapi perasan tak korang sekarang fesyen tudung semakin hari semakin mudah dan ringkas.Tudung bawal yang simple tu kini datang dengan motif bunga-bungaan gituu huhu Sangat sesuai digayakan ke majlis santai atau formal.




Saya nk bgi tip untuk pengguna tudung bawal,caranya mudah je, sebelum korang iron tudung that mean masa tu iron dah dipanaskan. Sembur dekat kawasan kepala tudung...agar mudah korang bentukkan tudung tu.. Semburlah banyak yang korang rasa suka. Makin banyak makin keras kain tu. Tapi dont worry la, kalau korang basuh tudung tu, semburan itu akan hilang. senang jew kan tak ada kesan ponnng..ape2 pon korang cuba la dlu ek..huhu