RSS

Tuesday 12 March 2013

tampil brgaya





Tampil Bergaya.. Aurat Terpelihara..

GL2

MUDAH adalah kerana pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh kita solat dengannya. Tanpa menyusahkan kita. Pakaian haruslah longgar dan tidak menampakkan anggota badan contohnya telinga, leher, bawah dagu, rambut, lengan dan kaki.

Aku pastikan pakaian yang aku beli tidak jarang, longgar, selesa dan senang untuk solat. Beli baju pun yang berlengan panjang. Oleh itu aku amat jarang membawa dan memakai telekung. Selalunya aku akan bawa stokin panjang bersama.

Aku suka guna shawl sebagai tudung dan aku pastikan ianya tidak jarang dan haruslah labuh menutupi bahagian dada. Lebih selesa dengan shawl sebab dah expert lilit melilit ni. Gaya adalah simple. Aku memang tak suka nak buat gaya stylo untuk shawl belit tak masuk akal atau bungkus macam gunung Kinabalu. Apa kejadahnya. Buang masa nak buat gaya itu ini. Berapa jam nak buang masa depan cermin? Satu jam? OMG. Get a life. Seriously.


BERSEDERHANA

Aku tidak lagi memilih warna-warni untuk tema pakaian. Lebih suka mengenakan warna-warna tanah dan warna-warna yang tidak 'menjerit meminta perhatian'. Mari kita elakkan sifat tabaruj. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang gemar aksesories atau perhiasan. Memakai perhiasan seperti subang, bertalipinggang, rantai atau gelang yang 'menyesakkan' mata dan badan sememangnya 'menjeritkan perhatian'. Itu bukan lagi bersederhana namanya tapi buang tebiat.

Dan jangan kamu berani nak sebut pun fesyen muslimah ala K-POP. MENGARUT! Begitu mudahnya kamu gadaikan agama kamu semata-mata mahu dilihat HIP dan HAPPENING. Tolonglah hentikan karutan ini.

Mahu cantik pada manusiakah atau mahu kelihatan cantik dimata Yang Maha Pencipta? Berfesyen, ye apa salahnya tapi biarlah dengan tertib. Tutup Aurat bukan LILIT Aurat macam kain kapan. kain kapan :'{

Dulu memang ada satu ketika aku sibuk beli shawl, jadi boros dan ketagih beli secara online. Beli banyak kemudian tak pakai. Membazir. Rupanya keinginan untuk 'mendapatkan' secara online kerana ianya limited itu yang buat nafsu jadi sedikit tidak keruan. Apatah lagi bungkusan yang dihantar cantik wah, macam dapat hadiah Birthday gitu. Nafsu Nafsu. Syaitan dok himpitlah bisik-bisik 'beli jangan tak beli nanti orang lain yang dapat, melepas'. Sungguh syaitan itu licik. Tipah tertipu bang. Tipah tertipu. Pang!

Hah padanlah dengan muka sendiri kan. Nak kena jual baliklah shawl-shawl tersebut, ada yang belum pakai dok terperuk dalam almari. Sekarang dah tak heran dah dengan jualan online shawl atau pakaian. Janganlah membazir membeli barang yang tak perlu. Itu sebenarnya memenuhi 'kehendak' bukannya memenuhi keperluan. Kita belajar okay agar tidak mengikut nafsu secara melulu dan elakkan pembaziran.



0 comments:

Post a Comment