RSS

Tuesday 26 March 2013

kasual muslimah


JIKA dulu wanita wanita yang memakai tudung mungkin agak terbatas gaya kasual mereka, malah rata-ratanya kurang bergaya. Kini, tidak lagi. Gaya dipelbagaikan dan banyak fesyen Muslimah diperkenalkan dengan koleksi pakaian yang cantik dan menarik. Fabrik sangat penting dalam pemilihan pakaian Muslimah kerana wanita bertudung memerlukan pakaian dari fabrik selesa. Fabrik digunakan untuk busana kasual Muslimah antaranya kain kapas combed, kapas carded dan juga kapas baju-t lembut yang sesuai untuk aktiviti santai.

Sunday 24 March 2013

ikatan tudung


Terdapat seribu satu cara untuk menggayakan tudung dengan pelbagai bentuk ikatan yang direkacipta dan dihasilkan oleh para pemakai tudung. Cara-cara ikatan tudung ini menyerlahkan keayuan dan personaliti pemakai. Perhatian perlu diberikan terhadap jenis tudung dan cara ikatan yang digunakan kerana mungkin ada cara ikatan yang sesuai kepada sesetengah individu tetapi tidak kepada yang lain. Ia memerlukan masa dan eksperimentasi secara kerap untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Di bawah diperturunkan beberapa cara pakai tudung bagi panduan anda. Ianya sengaja dibuat tanpa menggunakan gambar bagi menambah kreativiti pemakai. Gunakan imaginasi anda sewajarnya. Hasil yang diperolehi mungkin berlainan bergantung kepada pemahaman anda dengan panduan yang diberi. Sila berikan komen lanjut anda sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut atau gambaran sebenar untuk mana-mana cara ikatan yang menarik minat anda.

Ikatan Tudung Seri Sari

Ikatan tudung seri sari sesuai digunakan untuk ke majlis rumah terbuka bagi menyerlahkan keayuan anda. Ianya amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat (ini membantu mengurangkan waktu menunggu pasangan anda )

Caranya, pakai tudung (anak tudung warna hitam) dikuti dengan tudung panjang daripada kain sari warna ungu (panduan ini menggunakan kombinasi hitam dan ungu. Busana yang sesuai dipadankan mungkin juga berwarna ungu yang tidak terlalu cerah).Kemudian,bermula dari bahagian hujung, tudung tersebut disimpulkan dan dipin ke bahagian belakang kepala.

Gunakan sehelai lagi tudung panjang berwarna ungu tanpa corak untuk dililitkan di bahagian bahu.Tudung kosong tambahan berwarna ungu tadi disematkan di bahagian belakang bahu sebelah kiri menggunakan jarum peniti dan kemudian dibawa ke depan untuk disematkan dengan kerongsang di atas bahu sebelah kiri.

Kini, siaplah ikatan tudung seri sari dan anda kelihatan jelita dan bersedia menghadiri majlis.Ikatan tudung seri sari sesuai digunakan untuk ke majlis rumah terbuka bagi menyerlahkan keayuan anda. Ianya amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat (ini membantu mengurangkan waktu menunggu pasangan anda )

Caranya, pakai tudung (anak tudung warna hitam) dikuti dengan tudung panjang daripada kain sari warna ungu (panduan ini menggunakan kombinasi hitam dan ungu. Busana yang sesuai dipadankan mungkin juga berwarna ungu yang tidak terlalu cerah).Kemudian,bermula dari bahagian hujung, tudung tersebut disimpulkan dan dipin ke bahagian belakang kepala.

Gunakan sehelai lagi tudung panjang berwarna ungu tanpa corak untuk dililitkan di bahagian bahu.Tudung kosong tambahan berwarna ungu tadi disematkan di bahagian belakang bahu sebelah kiri menggunakan jarum peniti dan kemudian dibawa ke depan untuk disematkan dengan kerongsang di atas bahu sebelah kiri.

Kini, siaplah ikatan tudung seri sari dan anda kelihatan jelita dan bersedia menghadiri majlis.

Ikatan Tudung Ceria Bunga

Ikatan tudung ceria bunga adalah ikatan tudung yang ringkas dan menarik untuk digayakan. Ikatan ini menggunakan anak tudung berwarna hitam dan tudung empat segi bermotif bunga kecil.

Caranya, pakai tudung (anak tudung warna hitam) dan lipat tudung empat segi bermotif bunga kecil dilipat tadi supaya berbentuk segi tiga, dan pakaikan ia di atas anak tudung. Sematkan dengan kemas di bahagian belakang kepala.

Gaya ikatan tudung yang dilipat tadi mestilah pendek di sebelah kiri dan panjang di sebelah kanan.

Seterusnya, bahagian pendek di sebelah kiri di bawa ke kanan dan bahagian panjang sebelah kanan di bawa ke kiri.

Kedua-dua hujung bahagian kiri dan kanan ditemukan dan disematkan dengan kemas menggunakan jarum peniti di atas bahu sebelah kanan.

Mudah dan ringkas bukan?.

Thursday 21 March 2013

fesyen pengantin muslimah


Udaimatunnur yang bermaksud "Cahaya Putih" menampilkan imej yang lebih islamik dengan koleksi pakaian yang sopan, tidak jarang berserta dengan tudung yang benar-benar menepati citarasa muslimah hari ini

Impian saya adalah agar pada suatu hari nanti, konsep pakaian pengantin muslimah ini akan dapat diterima oleh semua orang, tidak kira apa jua golongan dan peringkat umur.Saya  berhasrat untuk melihat imej wanita bertudung agar kelihatan cantik dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Amin.

Saturday 16 March 2013

menawan







Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Tuesday 12 March 2013

tampil brgaya





Tampil Bergaya.. Aurat Terpelihara..

GL2

MUDAH adalah kerana pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh kita solat dengannya. Tanpa menyusahkan kita. Pakaian haruslah longgar dan tidak menampakkan anggota badan contohnya telinga, leher, bawah dagu, rambut, lengan dan kaki.

Aku pastikan pakaian yang aku beli tidak jarang, longgar, selesa dan senang untuk solat. Beli baju pun yang berlengan panjang. Oleh itu aku amat jarang membawa dan memakai telekung. Selalunya aku akan bawa stokin panjang bersama.

Aku suka guna shawl sebagai tudung dan aku pastikan ianya tidak jarang dan haruslah labuh menutupi bahagian dada. Lebih selesa dengan shawl sebab dah expert lilit melilit ni. Gaya adalah simple. Aku memang tak suka nak buat gaya stylo untuk shawl belit tak masuk akal atau bungkus macam gunung Kinabalu. Apa kejadahnya. Buang masa nak buat gaya itu ini. Berapa jam nak buang masa depan cermin? Satu jam? OMG. Get a life. Seriously.


BERSEDERHANA

Aku tidak lagi memilih warna-warni untuk tema pakaian. Lebih suka mengenakan warna-warna tanah dan warna-warna yang tidak 'menjerit meminta perhatian'. Mari kita elakkan sifat tabaruj. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang gemar aksesories atau perhiasan. Memakai perhiasan seperti subang, bertalipinggang, rantai atau gelang yang 'menyesakkan' mata dan badan sememangnya 'menjeritkan perhatian'. Itu bukan lagi bersederhana namanya tapi buang tebiat.

Dan jangan kamu berani nak sebut pun fesyen muslimah ala K-POP. MENGARUT! Begitu mudahnya kamu gadaikan agama kamu semata-mata mahu dilihat HIP dan HAPPENING. Tolonglah hentikan karutan ini.

Mahu cantik pada manusiakah atau mahu kelihatan cantik dimata Yang Maha Pencipta? Berfesyen, ye apa salahnya tapi biarlah dengan tertib. Tutup Aurat bukan LILIT Aurat macam kain kapan. kain kapan :'{

Dulu memang ada satu ketika aku sibuk beli shawl, jadi boros dan ketagih beli secara online. Beli banyak kemudian tak pakai. Membazir. Rupanya keinginan untuk 'mendapatkan' secara online kerana ianya limited itu yang buat nafsu jadi sedikit tidak keruan. Apatah lagi bungkusan yang dihantar cantik wah, macam dapat hadiah Birthday gitu. Nafsu Nafsu. Syaitan dok himpitlah bisik-bisik 'beli jangan tak beli nanti orang lain yang dapat, melepas'. Sungguh syaitan itu licik. Tipah tertipu bang. Tipah tertipu. Pang!

Hah padanlah dengan muka sendiri kan. Nak kena jual baliklah shawl-shawl tersebut, ada yang belum pakai dok terperuk dalam almari. Sekarang dah tak heran dah dengan jualan online shawl atau pakaian. Janganlah membazir membeli barang yang tak perlu. Itu sebenarnya memenuhi 'kehendak' bukannya memenuhi keperluan. Kita belajar okay agar tidak mengikut nafsu secara melulu dan elakkan pembaziran.



trend terkini

Hijabista



Sekarang ni ramai yang sudah memakai hijab kan. Alhamdulillah.. ramai yang sudah menutup aurat rambut. Tetapi adakah ini dijadikan sebagai satu trend masa kini? Yang mana, kalau ikutkan trend..ianya bukanlah kekal. Ianya hanya dipakai kerana banyak sangat style yang boleh digunapakai mengikut arus kemodenan sekarang.Ini menunjukkan ramai muslimah inginkan gaya baru dalam berfesyen. Tak salahkan kalau nak menukar cara bergaya harian. Asalkan ianya menutup aurat dan tidak membawa keburukan pada diri sendiri. Di Malaysia ni, masih terlalu sedikit yang mengaktifkan diri dalam fesyen hijabista ni. Tidak seperti negara Indonesia yang sangat aktif dalam dunia fesyen hijabista ni. Mereka sangat menutup aurat dan trendy sekali.

Sunday 3 March 2013

auratku,maruahku

Menutup aurat adalah tuntutan bagi setiap muslim. Namun, perubahan masa yang begitu cepat juga memberi kesan dengan pemakaian pakaian menutup aurat. Ramai yang di luar sana ‘tersasar’ dari syariat dengan mendedahkan aurat dan secara terbuka. Aurat yang didedahkan kemungkinan akan membahayakan individi itu sendiri.



Fesyan Baju untuk Ibu Mengandung